Wednesday, February 9, 2011

TAJUK:
Sejarah Tokoh Agama Di Kariah Anda




DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU551


Nama : Noor Shazmira Binti Mohd Saad
Nombor matrik :  2010288376
Kumpulan : BMB2aC
 Pogram :
Ijazah Sarjana Muda (kepujian) pentadbiran perniagaan (pengurusan sumber manusia)
Fakulti pengurusan perniagaan (bm223)

TARIKH HANTAR : 2.3.2011


ISI KANDUNGAN

1. Isi kandungan
2. Abstrak
2. Pendahuluan
    2.1 Riwayat hidup
3.Aktiviti/riadah masa lapang
4.Aktiviti dakwah
5.Kekangan yang dihadapi
6. Mekanisme yang diambil
7.Penutup




ABSTRAK



Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi empat mendefinisikan tokoh sebagai rupa atau keadaan yg tampak pd zahirnya, bentuk dan sifatnya, macam atau jenis : atau badan bentuk atau ke­ada­an badan, susuk tubuh, perawakan: ~ badan­nya seperti orang Arab atau orang yg kena­maan (dlm apa-apa bidang spt bidang politik, kebudayaan manakala agama pula mengikut kamus pelajar edisi ke dua memberi maksud agama ialah tunduk dan patuh pd perintah Allah atau agama yg diredai Allah; agama yg mempunyai beberapa rukun dan ajaran-ajaran tertentu yg secara khusus diturunkan oleh Allah kpd Nabi Muhammad SAW utk disampaikan kpd seluruh manusia: masuk ~ menganut agama Islam(orang ~ orang yg menganut agama Islam) mengislamkan menjadikan sbg penganut agama Islam; menjadikan beragama Islam:



PENDAHULUAN

Ibrahim bin Wan Chik   atau lebih dikenali sebagai Wan En dilahirkan pada  tanggal 25 Oktober 1937.Beliau telah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan 8 orang cahaya mata hasil dari pernikahannya yang pertama bersama Aishah Binti Ayub ,iaitu 4 orang perempuan dan 4 orang lelaki. Anak beliau bernama     Fauzi,Fauziah,Norizah,Norizam,Shahrawati,Shahrim,Junaidi dan Sumarni .
Namun begitu ,pada tarikh 1989,beliau telah kehilangan isteri tercinta buat selama-lamanya. Pada tahun 1993,beliau telah bertemu jodoh dengan seorang perempuan yang bernama Aishah Bt Ayob dan dengan izin allah , beliau telah diijabkabulkan dengan Aishah Bt Ayob.Beliau mempunyai 25 orang cucu dan beliau terkenal dengan panggilan ‘wan janggut’ di kalangan cucu-cucunya.Apabila ditanya mengapa beliau digelar “wan janggut” , beliau memberitahu bahawa,semasa umurnya mencecah hampir 50 tahun,beliau berazam untuk menyimpan janggut sehingga ke akhir nyawa beliau,dan sejak detik itu jugalah,beliau mula melibatkan diri dalam dakwah islam di sekitar kawasan kampungnya.Dan cucu-cucunya mula memanggil namanya ‘wan janggut’
Beliau terkenal sebagai seorang tokoh agama di sekitar ButterworthSekarang beliau masih sihat dan bertenaga walaupun sudah berusia 75 tahun.Wan En sekarang menetap di Kampong Selamat,Tasek Gelugor.


  •                                     "WAN JANGGUT"






KISAH HIDUP




Helaian demi helaian album lama itu diselaknya perlahan,Wan En memulakan penceritaan mengenai kisah hidupnya,beliau menceritakan tentang kisah hidupnya apabila Wan En  berumur 9 tahun.Semasa beliau berusia 9 tahun,beliau tidak tinggal bersama-sama ibu dan ayahnya,tetapi Wan En menetap bersama-sama neneknya.Beliau menceritakan bagaimana kehidupan  harian yang seringkali dimarahi oleh neneknya.Apabila umurnya mencecah 12 tahun,beliau telah mempelajari  bahasa inggeris dari  seorang cina di kawasan sekitar rumahnya.
Pada umur 16 tahun,Wan En menceritakan kesanggupannya  untuk pergi ke Pulau Pinang untuk mencari kerja,setibanya disana beliau mencuba nasib dalam menghadiri temuduga kemasukkan askar british,dengan izin allah,beliau diterima masuk dan dihantar untuk bertugas di Singapura.
Di Singapura,beliau telah menghabiskan masa selama 14 tahun di sana.Wan En juga menceritakan bahawa,apabila bertugas sebagai askar british,cuti hanya boleh didapati hanya selama sebulan dalam masa setahun.Apabila beliau mendapat cuti tersebut,beliau tidak melepaskan peluang untuk  pulang ke tanah air bertujuan untuk berjumpa sanak saudara.

 Beliau juga menceritakan detik-detik pertemuan diantara beliau dan isterinya.Ibu saudaranya telah memperkenalkan isterinya ,Pada tahun 1958,beliau melayari bahtera perkahwinan bersama isterinya  Aisyah bt Ayub.Namun,diatas desakan hidup,beliau terpaksa meninggalkan anak dan isteri di Pulau Pinang dan beliau meneruskan khidmat beliau di Singapura..Pernah juga beliau berulang alik dari Singapura ke Pulau Pinang untuk bertemu anak dan isteri tercinta.Namun begitu,semasa dia menetap di Singapura bersama isterinya,isterinya   telah melahirkan anak bernama Junaidi di Hospital Besar Tentera.Selepas 17 tahun berkhidmat sebagai askar british,mereka pulang menetap di tanah air.

Beliau menceritakan mengenai nasibnya semasa pulang ke tanah air,bagaimana kesungguhan dan kesanggupan beliau mengayuh basikal tuanya dari Bukit Mertajam ke Prai hanya untuk mencari sesuap nasi.Ada suatu ketikanya,beliau menyatakan bahawa,apabila beliau kehabisan wang untuk menyara keluarga,pernah beliau meminta wang dari sanak saudara.Sehinggalah suatu ketika beliau mendapat pekerjaan sebagai pemandu lori arang.

Setelah beberapa tahun bekerja sebagai pemandu lori arang,beliau menukar kerja menjadi seorang tukang kebun.Tidak lama kemudian,seorang bekas prajurit memanggil  beliau untuk berkhidmat sebagai pemandu ambulans di Bukit Mertajam.Selepas 6 bulan berkhidmat di sana,beliau ditukarkan bekerja di hospital Butterworth.
Wan En turut menceritakan semasa bertugas sebagai pemandu ambulans,satu tragedi telah menggemparkan Malaysia.Dimana peristiwa Pangkalan Sultan Abdul Halim runtuh di tepi laut Butterworth, Pulau Pinang, Malaysia. Ia berlaku pada hari Ahad, jam 4.40 petang, 31 Julai 1988. Suasana panik itu menyebabkan 32 orang mati dan 1,674 orang lagi cedera. Wan En yang sedang bertugas terpaksa melupakan hasrat untuk pulang kerumah tetapi mengorbankan masanya untuk menyelamatkan mangsa-mangsa yang terbabit dalam kemalangan tersebut.




Menyingkap kembali memori ketika arwah isterinya menghembuskan nafas yang terakhir,pada masa itu,isterinya Aishah berumur 50 tahun,arwah isterinya pergi meninggalkannya kerana menghidap penyakit kencing manis.Setelah 3 bulan berada di hospital dan bertarung nyawa,akhirnya isterinya menghembuskan nafas terakhir.
Sekarang Wan En menghabiskan sisa kehidupan bersama isterinya yang dikahwini selepas pemergian arwah Aishah.,iaitu Aminah.Wan En sekarang menetap di Kampong Selamat,Tasek Gelugor,Sungai Petani Utara Pulau Pinang.

     
  •                         Rumah kediaman Wan En



AKTIVITI RIADAH DI MASA LAPANG
 
Walaupun sibuk mengikuti pogram dakwah,beliau tidak lupa untuk menghabiskan masa lapangnya dengan membuat kerja-kerja di kebun miliknya sendiri dan membela ayam di sekitar belakang rumahnya.
Tanah di sekitar rumahnya yang selama ini dibiarkan begitu sahaja telah diusahakan untuk menanam buah nenas dan juga  buah limau nipis.Beliau memberitahu,tanah lapangnya itu diteroka untuk di bangunkan menjadi kebun bermula sekitar tahun 2007.Kini,hasil tanaman di kebunnya boleh memberi pendapatan sampingan kepada Wan En.Wan En menjual hasil tanamannya dengan harga yang rendah.Hasil tanamannya juga digunakan untuk dirinya sendiri.Katanya hasil berbudi kepada tanah memang tidak sia-sia .Katanya lagi,memang tidak rugi jika kita berbudi kepada tanah,kerana ,dia tidak perlu mengeluarkan wang untuk membeli nenas mahupun limau nipis,malahan Wan En sering memberi hasil tanamannya kepada anak dan cucu-cucunya mahupun jiran sekampung.
Bagi saya sendiri,cerita berbudi kepada tanah ini bukanlah cerita baru,malah dah berkurun lamanya.Betul kata Wan En,berbudi kepada tanah ini tidak ada ruginya.Cerita mengenai berbudi kepada tanah ini memang tersimpan rapi didalam memori orang-orang lama (orang-orang tua) yang menetap di kawasan kampong-kampong.Lantas saya berfikir sejenak , mungkin kita yang menetap di kawasan-kawasan bandar , yang jauh dari kawasan kampung halaman tidak mempunyai peluang untuk berbudi kepada tanah.Bukannya malas dan tidak mempunyai masa berbudi kepada tanah,tetapi kita sekarang kebanyakkannya menetap di kawasan perumahan yang hanya ada sedikit sahaja kawasan tanah lapang.
Kata Wan En lagi,falsafah ‘berbudi kepada tanah’ sebenarnya masih relevan hari ini.Keadaan dan masa mungkin sudah berubah.Tetapi menurut beliau , asas konsep berbudi kepada tanah  ini tak lapok dek hujan, tak lekang dek panas!


  • Menolong Wan EN MENGUTIP buah limau nipis di kebunnya







  • Memilih buah limau yang sudah boleh diambil hasilnya




SEDANG ASYIK MEMILIH BUAH LIMAU


       

      • TERLENA seketika

      PERMULAAN DALAM BERDAKWAH

            Selepas mengharungi pelbagai rintangan hidup,Wan En sedar yang hidup ini tidak akan menjadi mudah sekiranya beliau tidak berpegang pada paksi yang benar.Bermula dari situWan En mula mendalami ilmu-ilmu agama malah beliau ialah salah seorang pendakwah yang disegani di kampungnya.Beliau bukan sahaja bergiat aktif dalam dakwah di kampungnya malah turut juga menyampaikan dakwah di luar Negara seperti di Kemboja dan Indonesia.




      AKTIVITI YANG DIJALANKAN DI MaSJID DI KAMPONG BELIAU




      MESJID DI KAMPONG SELAMAT






      KEKANGAN DALAM MENJALANKAN TABLIGH/DAKWAH



      Adakah semua tuntutan yang dibuat Jemaah Tabligh adalah benar? Adakah Jemaah Tabligh benar-benar sebuah gerakan dakwah? Jemaah Tabligh adalah serupa dengan usaha Nabi Muhammad saw atau mirip dengan  pergerakan ‘tarikat’ yang lain?.Persoalan ini yang seringkali timbul di benak masyarakat mengenai golongan tabligh.


      1.Persepsi negatif

      Persepsi yang negatif terhadap golongan tabligh ini menyukarkan pergerakan ahli tabgligh ini untuk lebih bergerak secara aktif dalam menjalankan aktiviti dakwah mereka,namun sebagai pendakwah,Wan En sedar bahawa  Ikut jemaah tabligh tu bukanlah sesuatu yang wajib. Yang wajib adalahuntuk  betulkan dan kuatkan akidah
      iaitu keyakinan kepada Allah. Juga keyakinan kepada sunah Rasulullah saw iaitu
      apa yang dibawa oleh baginda (quran dan sunah) itulah satu-satu jalan kejayaan.
      Ianya adalah fardu ain dan bukan fardu kifayah.

      Namun tegas Wan En lagi ,jikalau seseorang yang diajak bertabligh itu merasa tidak sedia bila diajak, tolaklah dengan baik. Tapi janganlah sampai
      melarikan diri dari jemaah. Usahakan supaya dapat melapangkan masa untuk
      bersama-sama mereka menunaikan ibadah Allah. Niat untuk keluar tabligh mestilah betul iaitu untuk betulkan iman kepada Allah dan amal cara Rasulullah. Jauhkan niat untuk tengok-tengok atau cuba-cuba.

      Saya pernah bertanyakan hal ini kepada salah seorang sahabat yang sedang belajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi swasta di sebuah kota metropolitan Kuala Lumpur mengenai tanggapanya  terhadap golongan yang menjalankan tabligh ini.Bagi dirinya,persepsi negetif itu timbul apabila terdapat segelintir pendakwah yang menjalankan dakwah  ini menggunakan kekerasan dan paksaan terhadap golongan muda sepertinya.Namun begitu,dia faham bahawa untuk menjalankan dakwah ini,bukan sahaja dilihat apabila kita masuk tabligh.Jika hendak melakukan dakwah,ada pelbagai caranya. Seperti terdapat di dalam hadis nabi,’sampaikanlah ajaranku walaupun satu ayat’.Dia pernah tergerak hati untuk mengikut golongan ini menjalankan dakwah,tetapi kesibukkan belajar membataskan niatnya itu dan insyaALLAH suatu hari nanti beliau akan mengikut dakwah yang dijalankan oleh golongan dakwah ini.

      2.Penglibatan golongan muda dalam aktiviti di dakwah

      Slogan yang sangat baik dan boleh menjadi inspirasi berdakwah ialah ‘baiki diri dan seru orang lain’. Sama ada untuk individu atau organisasi, ia boleh diguna pakai bagi menggerakkan usaha-usaha dakwah. Membantu diri perlukan persiapan dalam banyak perkara seperti pembinaan akhlak yang mantap, pengetahuan yang luas dan kemahiran berunding manakala menyeru orang lain lebih mudah jika memahami bagaimana jaringan sosial berfungsi.

      Rasulullah saw menyeru masyarakat kepada Islam bermula dengan seorang diri diikuti orang-orang yang berada di sekitarnya. Kaedah ini lebih berkesan kerana ahli keluarga dan kenalan sangat mengetahui latar belakang dan peribadi baginda saw. Seterusnya dakwah Islam berkembang ke seluruh Semenanjung Arab dan di dunia Timur dan Barat.


      Hari ini dakwah telah menjadi fardhu ‘ain kerana kesedaran Islam dalam kalangan masyarakat khususnya golongan remaja dan belia semakin rendah. Wujudnya golongan mat rempit, bohsia, bohjan, punk dan sebagainya adalah kerana implikasi daripada pengabaian terhadap dakwah.

      Lantas bagi Wan En, gerak kerja dakwah mesti direncanakan dengan sebaik-baiknya supaya golongan muda dapat merasai nikmat hidup di bawah naungan Islam. Institusi-institusi agama wajar melihat kembali strategi dakwah yang diguna pakai supaya kaedahnya selari dengan cabaran-cabaran masa kini.

      Usaha-usaha dakwah amat berat jika dilakukan seorang diri. Justeru, bergerak secara kolektif adalah lebih baik dan berterusan kerana lebih banyak tenaga kerja dapat digemblengkan.Bagi Wan En,masalah komunikasi tidak seharusnya diwujudkan kerana dewasa ini terdapat banyak alat telekomunikasi yang boleh dipilih. Masa depan dakwah bergantung pada kemahuan dan tindakan bijak juru dakwah.


      Mekanisme yang diambil untuk mengatasi cabaran yang wujud

      Menyemarakkan  institusi keagamaan terutama dikalangan belia harus melalui jalan yang betul. Bagi Wan En,beliau sedar  bukan mudah untuk membawa golongan muda melihat institusi keagamaan itu bukan saja tempat bersembahyang semata malah pelbagai aktiviti rohani mampu dijalankan di situ. Persoalannya, adakah beliau mampu mengubah persepsi remaja kita hari ini agar menjadikan institusi keagamaan pusat remaja berkumpul.

      Lantas Wan En mengambil beberapa langkah untuk perlahan-lahan melahirkan penglibatan belia di dalam aktiviti dakwah di kariah beliau.


      1.rombak jawatankuasa

      Beliau menyuarakan pendapat dimana pihak masjid perlu melakukan beberapa rombakan dengan melantik golongan remaja memikul beberapa tugasan dalam program masjid. Ini kerana sebahagian besar kariah masjid, tidak pernah atau jarang sekali ada satu jawatankuasa yang membabitkan remaja. Manakala jemaah yang berpengalaman dan berumur ditugaskan sebagai pemantau dan penasihat. Ini kerana dengan memberi tugasan kepada mereka sedikit sebanyak mereka rasa dihargai.


      2.pogram berunsur agama / kempen di masjid

      Ahli jawatankuasa masjid akan menjalankan akitiviti berunsur keagamaan di masjid.Contohnya kempen seperti imam muda yang dijalankan baru-baru ini dapat menarik minat golongan muda untuk sama-sama melibatkan diri untuk menyertai aktiviti seperti ini.Terdapat juga aktiviti seperti membaca hadis sebaik sahaja solat dikerjakan,golongan muda dan tua akan bergilir-gilir membaca hadis dan dengan cara ini insyaALLAH akan dapat menarik golongan muda untu datang ke masjid dan pada masa yang sama dapat mengeratkan silaturahim diantara golongan tua dan muda.


      3.ceramah mengenai belia

      Usaha yang dilakukan termasuklah menyediakan ceramah-ceramah agama yang mengandungi isi-isi keremajaan.Tajuk seperti gejala social dalam kalangan remaja,pengorbanan remaja,pengorbanan ibu-bapa dan sebagainya dapat menarik minat golongan tidak kira tua mahupun muda untuk sama-sama mengimarahkan masjid .

      Harapan wan en

      Wan En berharap,dakwah yang dijalankannya akan terus diberkati oleh Allah dan diterima oleh semua lapisan masyarakat.Wan En juga berharap,agar anak muda hari ini dapat memikul tanggungjawab sebaiknya sebagai seorang hamba allah yang soleh dan solehah,disamping sokongan dari ibu bapa untuk mendidik anak kejalan yang diredhai Allah.

                                             Sedang mengambil wuduk